Perutusan Pengurus Besar KPD



Salam sejahtera

Laman web ini dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan dengan Korporasi Pembangunan Desa (KPD).

Maklumat yang boleh diperolehi dari laman web ini meliputi maklumat korporat, program dan projek yang dilaksanakan serta aktiviti-aktiviti perkhidmatan yang disediakan bagi memudahkan orang ramai dan pelanggan KPD berurusan dengan KPD tanpa perlu datang ke pejabat. Laman web ini juga memaparkan pelbagai produk yang boleh dibeli oleh orang awam sama ada secara borong ataupun runcit. Produk berkualiti tinggi ini kebanyakannya mendapat piawaian kualiti dibawah persijilan ISO 9001:2015, MeSTI, HALAL, MyOrganic dan Malaysia’s Best. Pengunjung laman web ini juga dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan-cadangan yang konstruktif supaya penambahbaikan dapat dijalankan secara berterusan.

Saya juga berharap laman web ini akan menjadi satu wacana untuk mendapatkan maklumat dan mempercepatkan urusan dengan KPD. Pihak pengurusan KPD juga sentiasa berusaha untuk menyediakan maklumat yang tepat dan terkini tentang program-program serta perkhidmatan yang disediakan oleh KPD pada bila-bila masa tanpa had masa dan batas sempadan selagi ada capaian internet .

Adalah menjadi azam saya dan pihak Pengurusan Kanan KPD untuk menjadikan KPD agensi yang cemerlang dan menjadi kebanggaan sesuai dengan visi, misi serta objektif KPD sebagai sebuah agensi pelaksana di bawah Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah dengan berteraskan perkhidmatan yang cekap dan amanah melalui penambahbaikan perkhidmatan yang berterusan.

Semoga maklumat yang ada di laman web ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengunjung laman web ini.

Selamat melayari Laman Web KPD.

Puan Jamilah Lee Nyuk Choon
Pengurus Besar
Korporasi Pembangunan Desa